Definisi 36 Penyakit Kritikal. 5 - Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- MOHD FAKHRUL AZIZI BIN MOHD DIN
- Feb 12, 2018
- 2 min read

Apakah pembedahan pintasan arteri koronari ?
Pembedahan pintasan arteri koronari adalah digunakan untuk mengantikan arteri rosak yang menyalurkan darah untuk jantung. Doktor bedah mengunakan saluran darah yang diambil dari bahagian lain untuk membaiki saluran darah yang rosak tersebut.
Pembedahan ini dilakukan apabila saluran arteri koronari tersumbat atau rosak. Arteri ini berfungsi untuk mengalirkan darah yang beroksigen ke jantung. Jika arteri ini tersumbat atau saluran darah tidak lancar, jantung gagal berfungsi sepenuhnya. Ini akan menyebabkan serangan jantung.

Apakah perbezaan jenis pembedahan pintasan arteri koronari ?
Doktor akan mencadangkan pembedahan pintasan arteri koronari tertentu bergantung kepada berapa arteri yang tersekat.
Single bypass (satu pintasan). Hanya satu arteri tersekat.
Double bypass (dua pintasan). Dua arteri tersekat.
Triple bypass (tiga pintasan). Tiga arteri terserkat.
Quadruple bypass (empat pintasan). Empat arteri tersekat.

risiko anda untuk menerima serangan jantung, kegagalan jantung dan isu berkaitan jantung lain bergantung kepada berapa saluran arteri anda yang tersekat. Sekatan kepada banyak arteri juga menyebabkan pembedahan mengambil masa yang lebih lama dan lebih rumit.
Kenapa perlukan pembedahan pintasan arteri koronari ?
Apabila bendasing dalam darah yang dipanggil plak berkumpul di dinding arteri, darah akan mengalir semakin kurang ke jantung. Jantunh akan semakin lemah dan gagal berfungsi kerana tidak menerima darah yang mencukupi
Doktor akan mencadangkan pembedahan pintasan arteri koronari apabila arteri semakin sempit atau tersumbat kerana risiko serangan jantung adalah tinggi.
Keadaan ini dipanggil penyakit arteri koronari atau Atheroclerosis. Doktor akan mencadangkan pembedahan arteri koronari apabila saluran tidak dapat dirawat dengan ubatan atau kaedah lain.
Bagaimana pembedahan pintasan arteri koronari ditentukan?
Sekumpulan doktor termasuk Cardiologist, akan menentukan samada pesakit layak untuk menjalani pembedahan jantung terbuka atau tidak. Antara faktor perubatan yang boleh menyebabkan kompilasi semasa pembedahan atau menghalang kaedah pembedahan adalah : -
Diabetis
Emphysema (penyakit pernafasan)
Penyakit Buah Pinggang
Peripheral Artery Disease (pengecutan pembuluh darah)
Perbincangan secara rapi diperlukan bersama doktor sebelum pembedahan boleh dilakukan.
Manfaat perlindungan Pintasan Arteri Koronari didalam Takaful
Merujuk kepada pembedahan bukaan dada sebenar untuk memulihkan atau merawat Penyakit Arteri Koronari (CAD) dengan cantuman pintasan arteri koronari.
Untuk definisi diatas, berikut adalah tidak dilindungi;
Anglioplasti
Teknik intra-arteri yang lain atau teknik kateter
Prosedur lubang kunci (keyhole)
Prosedur Laser

Dapatkan perlindungan 36 Penyakit Kritikal dan Kad perubatan anda di Takaful Ikhlas.

Mohd Fakhrul Azizi
Ejen Takaful Ikhlas Bertauliah
014 824 2248
FB : www.facebook.com/mfaikhlas
Rujukan : -
https://www.healthline.com/health/heart-bypass-surgery
Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mfaikhlas.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mfaikhlas.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.
コメント