top of page

Takrif Keilatan Kekal Dan Menyeluruh Ikhlas Link Secure Takaful

  • MOHD FAKHRUL AZIZI BIN MOHD DIN
  • Apr 5, 2018
  • 2 min read

Keilatan Kekal dan Menyeluruh atau Lumpuh Kekal atau TPD adalah salah satu dari manfaat utama perlindungan Takaful.




"Keilatan Kekal dan Menyeluruh" (selepas ini dirujuk sebagai TPD) membawa maksud:


  • apabila Orang Yang Dilindungi menjadi tidak berkeupayaan kekal atau lumpuh disebabkan oleh penyakit atau kemalangan atau menjadi mangsa salah laku jenayah, dan akibat dari ketidakupayaan tersebut menyebabkan keseluruhanya dan berkekalan tidak mampu atau tidak berupaya untuk melakukan pekerjaannya dan sebarang pekerjaan lain yang sesuai dengan Orang Yang Dilindungi berdasarkan latar belakang pendidikan, latihan atau pengalaman. Keilatan mestilah kekal dan berterusan sekurang kurangnya selama enam (6) bulan berturut-turut sebelum manfaat boleh dibayar ;


atau


  • ​Berlakunya perkara-perkara berikut:

  • Kehilangan menyeluruh dan tiada harapan sembuh akan pengelihatan dikedua-dua belah mata; atau

  • Kehilangan sekurang-kurangnya dua (2) anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau buku lali, yang mana berkenaan; atau

  • Kehilangan menyeluruh penglihatan pada sebelah mata dan hilang salah satu daripada anggota badan, pada atau atas pergelangan tangan atau buku lali.

Jika pihak Syarikat mendapati atau mengesyaki berdasarkan fakta - fakta yang sah dan boleh dipercayai bahawa keadaan - keadaan yang disebutkan diatas boleh dikembalikan kepada asal atau dipulihkan secara pembedahan atau lain - lain rawatan, ianya akan dianggap sebagai bukan keilatan yang dilindungi di bawah TPD.



Walau apapun yang dinyatakan di atas, di dalam keadaan di mana Orang Yang Dilindungi yang berumur kurang daripada enam belas (16) tahun pada hari jadi yang akan datang, atau tidak bekerja atau tidak terlibat dalam sebarang perkerjaan yang menguntungkan, pekerjaan atau perniagaan atau telah bersara kekal pada bila - bila masa selama enam (6) bulan sebelum hilang upaya, maka TPD ditakrifkan sebagai :



i) item 4A (ii) seperti di atas ;


atau


ii) tidak berkeupayaan secara keseluruhan dengan sebab kemalangan atau sakit untuk melaksanakan dengan sendirinya sekurang - kurangnya tiga (3) "Aktiviti Kehidupan Harian" seperti yang ditakrifkan selepas ini, dengan atau tanpa bantuan peralatan perubatan, peralatan khas, atau sebarang bantuan lain, dan penyesuaian yang dikhaskan untuk orang kurang upaya, ketidakupayaan tersebut mestilah dan berterusan tidak kurang daripada tempoh enam (6) bulan.


"Aktiviti Kehidupan Harian" adalah bermaksud ;


a) Berpindah - Keupayaan untuk baring atau bangkit dari katil atau kerusi tanpa bantuan fizikal dari orang lain ;


b) Bergerak - Keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke satu bilik atau dari satu bilik ke sudut yang lain tanpa bantuan fizikal;


c) Pengawalan Perkumuhan - Keupayaan untuk mengawal pembuangan air besar dan kecil sebagai asas untuk memelihara kesihatan diri;


d) Berpakaian - Memakai atau menanggalkan pakaian tanpa bantuan orang lain;


e) Membersihkan Diri - Keupayaan untuk membasuh diri secara berendam atau menggunakan pancuran air, termasuk juga masuk atau keluar tandas, menggunakan tandas tersebut serta segala yang berkaitan dengan kesihatan diri ; dan


f) Makan - Semua kegiatan memasukkan makanan yang telah disiapkan ke dalam tubuh.




Apabila berlakunya Keilatan Kekal dan Menyeluruh ke atas Orang Yang Dilindungi berumur dibawah empat puluh lapan (48) bulan, Keilatan hanya akan diiktiraf sebagai TPD, jika Orang Yang Dilindungi tidak dapat melakukan semua "Aktiviti Kehidupan Seharian" tanpa bantuan atau pertolongan sehingga Orang Yang Dilindungi mencapai umur empat (4) tahun dan selepas itu.


Walaupun demikian tanpa apa - apa percanggahan berkaitan dengan Sijil Takaful ini, Jumlah maksimum perlindungan TPD boleh dibayar daripada semua Sijil Takaful yang diluluskan oleh Syarikat ke atas diri Orang Yang Dilindungi haruslah tidak melebihi RM 1,500,000 untuk dewasa dan RM 500,000 untuk kanak - kanak (16 tahun dan ke bawah).





 
 
 

Comments


Single post: Blog_Single_Post_Widget

+60148242248

Dungun, Terengganu, Malaysia

  • facebook
  • instagram

©2018 BY MOHD FAKHRUL AZIZI TAKAFUL IKHLAS

bottom of page