Definisi 36 Penyakit Kritikal. 6 - Penyakit Arteri Koronari Serius
- MOHD FAKHRUL AZIZI BIN MOHD DIN
- Mar 17, 2018
- 3 min read

Penyakit Arteri Koronari
Penyakit arteri koronari berlaku apabila saluran darah yang menbekalkan kepada jantung darah, oksigen dan zat, rosak atau tersumbat. Bendasing yang mengandungi kolestrol (plak) di dalam arteri dan kerosakan tisu adalah antara sebab utama berlaku penyakit arteri koronari.
Apabila plak kolestrol mula berkumpul, saluran arteri koronari akan menjadi sempit dan ini mengurangkan aliran saluran darah ke jantung. Sekiranya berterusan, ini akan menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan simptom penyakit arteri koronari yang lain. Jika tersumbat pula akan menyebabkan serangan jantung.
Oleh kerana penyakit arteri koronari mengambil masa berdekad, kita tidak tahu yang kita mempunyai penyakit arteri sehingga berlaku sekatan darah dan serangan jantung. Akan tetapi terdapat pelbagai cara untuk mencegah dan merawat penyakit arteri koronari. Gaya hidup yang sihat adalah salah satu yang memberi impak yang besar.
Simptom
Jika arteri anda tersumbat, jantung tidak dapat menerima darah yang kaya dengan oksigen walaupun jantung berkerja keras ketika senaman. Pada awalnya, pengurangan pegaliran darah tidak menyebabkan penyakit arteri koronari. Tetapi setelah plak terkumpul secara berterusan didalam koronari arteri, anda berkemungkinan untuk mendapat penyakit areteri koronari dengan tanda dan simptom berikut :-
Sakit dibahagian dada (angina). Anda mungkin merasa tertekan atau sesak di bahagian dada, seperti seseorang sedang berdiri diatas dada anda. Sakit ini dipanggil angina, biasanya berlaku pada di tengah atau di sebelah kiri dada. Angina biasanya berlaku akibat dari bebanan fizikal atau tekanan emosi. Sakit ini biasanya beransur hilang selepas berhenti melakukan aktiviti yang menyebabkan tekanan. Untuk sesetengah orang, terutamanya wanita, sakit ini seumpama dicucuk objek tajam dibahagian leher, lengan atau belakang.
Sesak Nafas. Jika jantung anda tidak mampu mengepam darah untuk memenuhi keperluan badan, anda berkemungkinan untuk tercungap dan keletihan yang melampau.
Serangan jantung. Arteri yang tersumbat sepenuhnya mungkin menyebabkan berlakunya serangan jantung. Tanda biasa berlakunya serangan jantung adalah dada seperti ditekan secara melampau dan sakit dibahagian bahu atau lendan, berserta sesak nafas dan berpeluh. Wanita berkemungkinan untuk petanda serangan jantung yang lain seperti sakit di leher atau rahang. Kadang kala serangan jantung boleh berlaku tanpa tanda atau simptom.
Penyebab
Penyakit arteri koronari biasanya mula berlaku apabila ada kerosakan pada dinding ateri koronari, yang mungkin berlaku sejak kanak kanak. Kerosakan ini biasa berlaku akibat pelbagai faktor termasuk ;-
Merokok
Tekanan Darah Tinggi
Kolesterol Tinggi
Diabestes
Kurang aktiviti fizikal

Apabila dinding arteri mula rosak, bendasing lemak (plak) yang berasal dari kolestrol dan bahan lain akan mula terkumpul pada kawasan tersebut. Jika permukaan tersebut tercabut atau pecah, sell darah yang dipanggil platelets akan berkumpul untuk membaiki kawasan tersebut. Proses inilah yang menjadi bengkak dan menyekat darah untuk berjalan lancar, menyebabkan serangan jantung.
Pencegahan Penyakit Arteri Koronari
Gaya hidup yang sama untuk merawat penyakit arteri koronari adalah cara yang sama untuk menghalang dari berlaku. Mengamalkan gaya hidup yang sihat boleh membantu arteri kuat dan bebas dari pembentukan plak. Untuk meningkatkan kesihatan anda, anda boleh
Berhenti merokok
Memantau darah tinggi, kolestrol dan kencing manis
Aktif secara fizikal
Makan makanan rendah lemak, kurang garam dan kaya dengan buah buahan, sayuran dan serat.
Mengekalkan berat badan optimum
Mengawal dan mengurangkan Stress
Manfaat Perlindungan Penyakit Arteri Koronari Serius didalam Takaful
Penyempitan Lumen bagi Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Kiri Arteri Menurun (LAD) dan Arteri Sirkumfleks (tidak termasuk cabang-cabang), berlaku pada masa yang sama dengan minimum enam puluh peratus (60%) dalam setiap arteri seperti yang dibuktikan oleh arteriografi koronari (prosedur diagnostik bukan invasif adalah tidak dilindungi). Penyempitan sebanyak enam puluh peratus (60%) atau lebih pada Stem Utama Kiri akan dianggap sebagai penyempitan Arteri Kiri Arteri Menurun (LAD) dan Arteri Sirkumfleks. Kejadian yang dilindungi akan dibayar tidak mengira samada sebarang bentuk pembedahan arteri koronari telah dijalankan atau tidak.

Dapatkan perlindungan 36 Penyakit Kritikal dan Kad perubatan anda di Takaful Ikhlas.

Mohd Fakhrul Azizi
Ejen Takaful Ikhlas Bertauliah
014 824 2248
FB : www.facebook.com/mfaikhlas
Rujukan : -
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/coronary-artery-disease/symptoms-causes/syc-20350613
Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mfaikhlas.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mfaikhlas.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.
Opmerkingen