top of page

Panduan Mengunakan Medikal Kad Mediplan Ikhlas LINKsecure Takaful

  • MOHD FAKHRUL AZIZI BIN MOHD DIN
  • May 27, 2018
  • 1 min read



Terima kasih diucapkan kepada anda kerana mendapatkan perlindungan dari TAKAFUL IKHLAS BERHAD. Takaful rawatan dalam hospital dan pembedahan yang memberi anda faedah-faedah yang komprehensif pada saat anda memerlukan.


Untuk kesenangan anda, kami telah menyediakan untuk anda kad "Hospital Admission Assist". Jikalau anda memerlukan pembedahan atau rawatan dalam hospital, sila hubungi nombor telefon Pusat Perhubungan 24-Jam dan berikan butir-butir yang tercatat dalam kad tersebut. Anda akan menerima bantuan yang diperlukan.


Bantuan Kemasukan ke hospital hanyalah untuk rawatan dalam hospital yang disenaraikan oleh syarikat kami. Untuk mengenalpasti samada hospital pilihan anda disenaraikan dalam Panel Kami, sila Hubungi Pusat Perhubungan 24- Jam atau di sini . +


Download APP MediExpress di aplikasi mudah alih untuk bantuan tambahan




Bantuan Pendaftaran Ke Hospital Bagi Panel Hospital Yang Ditetapkan.


Apabila mengalami Kesakitan / Kecederaan, anda seharusnya : -


1. Hubungi Pusat Perhubungan 24-Jam

2. Pesakit Mengisi Borang Pendaftaran Hospital

3. Hospital Menyediakan Laporan Awal Perubatan untuk Takaful Ikhlas

4. Mengeluarkan Surat Jaminan (Guarantee Letter) Kepada Hospital, Jika Dilindungi (sekiranya tidak dilindungi, menjadi tanggungan sendiri)

5. Mengatur Kemasukan Ke Hospital

6. Diagnosis

7. Rawatan / Pembedahan

8. Hospital Faks Bil-Bil Untuk Pengiraan

9. Amaun Diluluskan Oleh Takaful Ikhlas Berhad

10. Pesakit Keluar Hospital dan Membuat Pembayaran Tidak Dilindungi

11 Hospital Menghantar Dokumen ke Takaful Ikhlas

12. Bayaran ke Hospital oleh Takaful Ikhlas





Comentarios


Single post: Blog_Single_Post_Widget

+60148242248

Dungun, Terengganu, Malaysia

  • facebook
  • instagram

©2018 BY MOHD FAKHRUL AZIZI TAKAFUL IKHLAS

bottom of page