top of page

Tips Perlindungan Takaful untuk Individu Bujang dan Belia Berkerjaya

  • MOHD FAKHRUL AZIZI BIN MOHD DIN
  • Mar 21, 2018
  • 2 min read

Perlindungan Takaful adalah salah satu instrument kewangan yang mempunyai paling banyak salah faham dan paling kurang diminati. Terutamanya dikalangan anak muda yang menganggap Perlindungan Takaful hanyalah untuk mereka yang sudah berkeluarga sahaja.


Untuk mengubah perspectif ini saya akan mengulas berkenaan kenapa belia yang sudah berkerjaya perlu memiliki takaful seawal mungkin dan tips pilihan perlindungan mengikut keperluan semasa bujang.


Perlindungan Utama yang wajib diambil oleh setiap Belia bujang berkerjaya adalah : -


1. Medikal Kad Takaful


Kenapa medikal kad?


Ketika belia di awal kerjaya masih belum memiliki banyak tanggungan, tapi memiliki gaya hidup aktif. Walaupun masih muda dan bujang, penyakit boleh menimpa bila bila masa. Musibah seperti kemalangan juga tidak mengira usia.


Duit gaji kebiasaanya disimpan untuk perancangan masa depan seperti kereta, rumah dan berkeluarga. Jadi lindungi pendapatan dan simpanan dari digunakan untuk kos rawatan perubatan.


Sumbangan bulanan untuk medikal kad takaful adalah mengikut usia ketika memohon. Jadi apabila memohon medikal kad pada usia masih muda seperti sekarang, sumbangan bulanan masih rendah.



Di Takaful Ikhlas, Kami memiliki pelan Medikal Kad Tanpa Limit Tahunan pada sumbangan bulanan yang rendah.



Apabila sudah medikal kad takaful. Belia boleh pula memiliki


2. Hibah Takaful / TPD/ Perlindungan Lumpuh Kekal


Hibah Takaful bukan untuk orang berkeluarga ke?


Ya keperluan utama hibah takaful adalah untuk orang berkeluarga, sebagai sumbangan hadiah untuk keluarga tersayang yang akan ditinggalkan kelak.


Tetapi, Hibah Takaful juga melindungi musibah Lumpuh Hilang Upaya Kekal. Perlindungan ini sangat diperlukan sebagai penganti pendapatan jika ditimpa musibah kelak. Pampasan kewangan ini perlu untuk kos sara hidup jika apabila tidak mampu berkerja kelak.


Sebagai belia yang masih bujang, kita masih belum mempunyai duit tabungan yang tinggi untuk menyara hidup sendiri. Walaupun kita boleh berharap kepada ibu bapa kita untuk menyara kita jika ditimpa musibah lumpuh, bantuan kewangan dari takaful akan lebih membantu.


Perlindungan ini juga akan berterusan apabila belia mula berkeluarga dan boleh di tukar kepada Hibah Takaful untuk pasangan kita.



Bacaan Lanjut : Takrif Keilatan Kekal dan Menyeluruh di Takaful Ikhlas


Dan disarankan mendapatkan juga perlindungan ;-


3. Perlindungan 36 Penyakit Kritikal


Kita sedia maklum yang penyakit boleh menimpa bila bila masa. Purata sakit jantung, barah, paru paru dan penyakit buah pinggang mula menyerang individu seawal umur 35 di malaysia. Dengan gaya hidup, keturunan, dan persekitaran kita di Malaysia, kemungkinan individu diserang penyakit ini mula meningkat.


Sebagai seorang belia yang bercita cita tinggi, musibah penyakit sebegini sangat mencabar untuk kerjaya. Rawatan untuk penyakit kritikal mungkin mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Dan jika berjawatan bergaji, berkemungkinan untuk diluncutkan jawatan dan diberhentikan kerja kerana tidak berkemampuan untuk berkerja.


Perlindungan penyakit kritikal akan membantu dari segi kewangan untuk memberikan anda ketenangan fikiran. Walaupun berkemungkinan dibuang kerja kelak, masih ada aset cair untuk anda gunakan sementara kesihatan pulih.



Anda seorang Belia berkerjaya masih belum memiliki Perlindungan Takaful?


Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza. Hubungi saya untuk mendapatkan temujanji rundingan pelan Takaful terbaik untuk anda.





Mohd Fakhrul Azizi

Ejen Takaful Ikhlas Bertauliah

014 824 2248

FB : www.facebook.com/mfaikhlas



Comments


Single post: Blog_Single_Post_Widget

+60148242248

Dungun, Terengganu, Malaysia

  • facebook
  • instagram

©2018 BY MOHD FAKHRUL AZIZI TAKAFUL IKHLAS

bottom of page