top of page

Definisi 36 Penyakit Kritikal. 7 - Angioplasti dan Rawatan Invasif lain untuk penyakit Arteri Korona

  • MOHD FAKHRUL AZIZI BIN MOHD DIN
  • May 12, 2018
  • 3 min read

Angioplasti dan Stent



Jantung merupakan otot yang mengepam darah ke seluruh tubuh. Apabila arteri tersumbat, perjalanan darah akan terjejas. Angioplasti adalah kaedah membuka arteri-arteri yang tersumbat daripada pembentukan plak.


Darah dalam arteri pula membekalkan jantung dengan oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan berkesan. Dengan peredaran masa, deposit lemak yang dinamakan plak boleh terbentuk di dalam arteri. Keadaan ini boleh menyekat ataupun mengurangkan kelancaran pengaliran darah dalam arteri.


Ini akan membentuk plak dalam arteri dan menjejaskan aliran darah ke jantung mengakibatkan penyakit arteri koronori. Angioplasti adalah satu prosedur untuk membuka arteri yang telah sempit atau tersumbat akibat pembentukan plak. Semasa prosedur ini, satu torehan kecil akan di buat pada pangkal peha atau pergelangan tangan untuk memasuki dawai pandu melalui arteri.


Ia di susuk melalui arteri ke tempat di mana berlakunya sumbatan. Satu kateter yang dipasang pada belon yang kempis akan menyusuri dawai pandu hingga ke tempat yang ada sumbatan. Apabila belon itu dikembungkan, ia akan memampatkan plak hingga ke dinding arteri. Proses ini akan membesarkan pembukaan arteri dan membolehkan darah mengalir secara normal melaluinya.


Pembedahan Laser Jantung (Transmyocardial Laser Revascularization)

Transmyocardial Laser Revascularization turut dikenali sebagai TMLR dan ia merupakan salah satu kaedah pembedahan jantung yang digunakan untuk merawat masalah angina. TMLR biasanya hanya dilakukan sekiranya kaedah-kaedah lain tidak dapat digunakan. Sebagai contohnya, setelah pesakit menjalani satu pembedahan CABG dan tidak boleh melakukan satu lagi pembedahan CABG maka, TMLR akan digunakan. Ataupun, dalam kes-kes tertentu TMLR akan digabungkan dengan CABG. TMLR adalah sejenis pembedahan yang akan menggunakan laser untuk membuat saluran kecil melalui otot jantung dan ke ruang bawah kiri jantung (ventrikel kiri) iaitu ruang pam utama jantung kita.

Selepas TMLR dilakukan, darah yang mengangkut oksigen akan masuk ke ventrikel kiri, sebahagian daripada darah itu boleh mengalir melalui saluran kecil. Seterusnya, ia akan membawa oksigen ke bahagian otot-otot jantung yang memerlukan.

TMLR juga adalah sejenis pembedahan, namun, pembedahan jenis ini boleh dilakukan semasa jantung masih berdegup dan penuh dengan darah. Oleh itu, mesin jantung-paru-paru tidak diperlukan dan pakar bedah juga tidak perlu memotong bilik jantung, jadi TMLR ini bukanlah pembedahan jantung terbuka

Manfaat Perlindungan Angioplasti dan Rawatan Invasif lain atau penyakit Arteri Koronari di dalam Takaful


Menjalani Anglioplasti Belon Arteri Koronari, artektomi, rawatan laser atau memasukkan sten buat pertama kali untuk membetulkan satu atau lebih arteri koronari yang sempit atau tersumbat seperti yang dibuktikan oleh angiografi.


Prosedur penyiasatan intra-arteri adalah tidak dilindungi. Pembayaran dibawah klausa ini adalah terhad kepada sepuluh peratus (10%) daripada perlindungan Penyakit Kritikal dibawah sijil ini tertakluk kepada jumlah maksimum RM25 000. Kejadian yang dilindungi akan dibayar sekali sahaja dan akan ditolak dari amaun Kontrak ini, sekali gus mengurangkan amaun Bayaran Sekaligus yang boleh dibayar.





Dapatkan perlindungan 36 Penyakit Kritikal dan Kad perubatan anda di Takaful Ikhlas.



Mohd Fakhrul Azizi

Ejen Takaful Ikhlas Bertauliah

014 824 2248

FB : www.facebook.com/mfaikhlas

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mfaikhlas.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mfaikhlas.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Comments


Single post: Blog_Single_Post_Widget

+60148242248

Dungun, Terengganu, Malaysia

  • facebook
  • instagram

©2018 BY MOHD FAKHRUL AZIZI TAKAFUL IKHLAS

bottom of page